Oleh: Farhana Fuad
Buat peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan hebat dari penyanyi tersohor negara ini tidak lama lagi.
Syarikat telko tempatan, Celcom Axiata Berhad secara rasminya akan membawakan konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends yang bakal diadakan pada 2 April 2016 bertempatn di Stadium Negara, jam 8 malam.
Konsert ini bakal diadakan sebagai meraikan 20 tahun kerjaya penyanyi terunggul negara ini dalam bidang nyanyian. Ianya merupakan konsert pertama kali yang dianjurkan oleh Yonder Music dan dimeriahkan oleh Xpax. Konsert ini eksklusif untuk kesemua pengguna Xpax dengan Yonder Music.
Gambar: xpax
Konsert yang secara langsung ini akan mementaskan persembahan duet antara Dato’ Siti dan Anggun, Afgan, Cakra Khan, Faizal Tahir serta Hafiz Suip. Kumpulan orkestra penuh 47-instrumen termasuk The Gotham All Stars (band dari Amerika Syarikat termasuk Jules Bartholomew, Jermaine Parrish, Lawrence Jones dan Chelton Grey) akan mengiringi sepanjang persembahan Dato’ Siti itu nanti.
Kumpulan pemuzik ini diterbangkan terus dari kota New York. Antara nama besar dalam industri muzik Amerika yang pernah bekerja sama dengan kumpulan ini termasuklah Katy Perry, Justin Timberlake, Mariah Carey dan P Diddy.
Menariknya lagi, Xpax ingin menghadiahkan 2,500 tiket eksklusif ke konsert Dato’Siti Nurhaliza & Friends kepada semua pengguna Xpax yang aktif dengan Yonder Music. Bukan itu sahaja. Yonder Music juga akan memberikan dua tiket Diamond berserta dua jemputan eksklusif ke sesi hi-tea bersama Dato’ Siti Nurhaliza pada 30 April nanti kepada 20 orang pemenang bertuah.
Anda boleh layari www.xpax.com.my untuk maklumat lebih lanjut.