Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia nyata mengundang perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Umum mengetahui Siti Nurhaliza merupakan antara selebriti yang prihatin dan sering membantu golongan yang memerlukan menerusi yayasan kebajikan miliknya dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Yayasan Nurjiwa.
Kini pelantun lagu Kuasa Cintamu itu mengambil langkah meringankan beban dan menyumbang barang keperluan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.