Semalam, Siti berkongsi satu video penyediaan barang keperluan yang diuruskannya bersama suami di bawah Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin & Covid-19 di gedung pasar raya besar Mydin USJ, Petaling Jaya, Selangor.
“Menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini, kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir.
“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kita Fund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.
“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera. Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam,” tulisnya di Instagram.