Seorang demi seorang selebriti tampil menghulur bantuan buat rakyat yang terjejas akibat Covid-19. Kini, giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza pula mengambil langkah serupa.
Demi menunjukkan keprihatinannya terhadap isu yang membimbangkan ini, Siti mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Bantuan Prihatin 2021 menerusi Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings Sdn Bhd.
Jelas pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, bantuan tersebut memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak yang berusia enam tahun ke bawah.