Ia bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.
“Sasaran kami adalah untuk membantu 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu PKP dan PKPD ini. Ia akan dilakukan secara berperingkat.
“Justeru, saya berharap lebih ramai pihak akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini,” katanya.