Siti turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa syarikat yang sudi menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin dan menjayakan program ini antaranya Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn Bhd.
“Sejak pandemik Covid-19 melanda negara sehingga kini, pelbagai pihak tidak berhenti menyalurkan bantuan. Saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan rakyat Malaysia.
“Hari ini kita terus kuat dan bersatu untuk menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” katanya.
Foto: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd
Baca: Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Simbolik Nama Anak Kedua