Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, bintang 7 Hari Mencintaiku itu membuka mulut mengesahkan spekulasi yang tersebar.
“Apa yang boleh saya katakan adalah ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen,” ulasnya.
Nampaknya netizen akan terus berteka-teki mengenai punca keruntuhan rumah tangga mereka memandangkan Siti Saleha enggan mendedahkan alasan mengapa dia menfailkan perceraian.
Empat tahun bergelar suami isteri, tiada siapa mengetahui apa yang berlaku pada perkahwinan mereka kerana pelakon ini tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangganya secara terbuka kepada umum.