Korea merupakan negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik yang tertinggi di dunia. Rata-rata wanita di Korea melakukan pembedahan untuk menjadi lebih cantik dan mereka begitu terbuka mengenainya. Namun berbeza dengan kumpulan penyanyi wanita, SNSD atau Girl’s Generation yang mementingkan keaslian dari segi fizikal mereka.
Gambar: facebook Girl’s Generation
BEDAH 100 KALI UNTUK JADI ANAK PATUNG KEN >>
Ketika mereka ditemu bual oleh sebuah rancangan TV popular di Korea, pengacara rancangan tersebut telah menegur kelainan pada wajah mereka. Tetapi SNSD menafikan sekeras-kerasnya yang mereka menjalani pembedahan untuk menjadi lebih cantik. Menurut mereka, sebagai selebriti, konsep dan gaya mereka selalu berubah. Kadangkala penurunan berat badan memberikan wajah yang berlainan kepada mereka. Bahkan teknik solekan yang berbeza mampu merubah wajah seseorang.
Gambar: facebook Girl’s Generation
JADI CANTIK TANPA SUNTIK MENYUNTIK >>
SNSD merasa rimas dengan panggilan telefon yang diterima menanyakan di mana mereka menjalani pembedahan plastik kerana mereka tidak pernah melakukannya. Kumpulan yang bakal mengadakan konsert di Jepun pada bulan ini baru sahaja melancarkan muzik video terbaru mereka yang berjudul I Got a Boy. Apa kata anda tonton video ini dan nilai sendiri keaslian wajah wanita-wanita idaman ramai ini.