EH! MENDEKATI GADIS PAN ASIA INI YANG SEMAKIN MANIS DENGAN PENAMPILAN BARUNYA.
Tiga perkataan menggambarkan Sarah Hildebrand
Manja, tegas & unexpected.
Facebook, Twitter atau Instagram, mana kesukaan anda?
Instagram. Media sosial paling ‘berkuasa’ buat masa sekarang.
Siapakah pasangan selebriti terkenal pilihan anda?
Megan Fox & Brian Austin Green
Apakah bakat lain yang mahu anda miliki?
Bermain biola secara profesional.
Judul lagu yang pasti membuatkan anda menari?
Fantasy, Mariah Carey.
Apakah filem terakhir yang anda tonton yang membuat anda menangis?
Saya gemar menonton filem Arab sejak kebelakangan ini. Saya menonton Wadjda minggu lalu, ia benar-benar menyentuh hati. It’s a cute movie. Anda mesti tengok filem ini.
Siapakah lelaki terkenal yang ingin anda keluar ‘date’?
Simba. Jika dia seorang lelaki pasti kacak. Perjalanan hidupnya membuatkan dia memahami dan kuat. His sidekicks are funny, and obviously because, Hakuna Matata!
Apakah gambar wallpaper telefon bimbit anda?
Gambar Megan Fox di dalam kolam yang diambil dalam set filem This is 40.
Apakah perkataan atau ayat yang anda selalu gunakan?
“Apa ni” “OH MY GOD” “WHAAAT?” “Are you serious?” “yaaas” “yums”
Jika anda berpeluang menemu bual bintang Hollywood, siapakah pilihan anda?
Johnny Depp. Bagaimana dia boleh mendalami pelbagai karakter. Apa persiapan yang dilakukan sebelum dia ke lokasi.
Reaksi anda pabila terbaca komen negatif tentang anda di laman sosial?
“Aw really??” atau “Hahaha!”
Apakah pekerjaan lain (selain kerja anda hari ini) yang anda suka?
Perenang berirama. Saya suka berada di dalam air. Dulu saya menyertai pasukan renang sekolah dan turut menyertai beberapa pertandingan. Saya memandang tinggi perenang berirama, bukannya mudha hendak melakukan pelbagai rutin serentak di dalam air.
Cara anda hilangkan stres?
Memasak untuk orang-orang yang ada di sekeliling saya.
Kartun yang paling anda sukai sewaktu kecil?
Looney tunes!
Percutian paling seronok mestilah….
Dengan orang yang saya sayang. Saya senang dikelilingi orang yang memahami dan boleh menggembirakan saya.