Agak mustahil bagi pengguna sosial media, Instagram atau lebih-lebih lagi TikTok tidak pernah terlihat kelibat gadis keletah ini di skrin telefon. Sofea Shra, antara ‘gadis digital’ paling berpengaruh masa kini, menjadi idola dan rujukan muda-mudi.
Dua tahun lalu, Sofea Shra diundi pembaca EH! untuk ditabalkan sebagai ‘Influencer Kecantikan Pilihan’ di Anugerah Stail EH!. Kemenangannya itu diluar jangka, baik dirinya juga sebahagian tetamu di malam gemilang itu. Namun saya sendiri tidak terkejut, kerana Sofea punya pengikut yang besar di TikTok. Dia konsisten memuat naik karya digitalnya, dan yang mengikutnya rajin pula like, komen dan berkongsi kandungannya. Dari situlah juga pengaruhnya pantas berkembang.
Hari ini, Sofea antara pempengaruh baris hadapan, baik dalam kecantikan juga fesyen. Dia juga sudah dipilih oleh Sephora Malaysia untuk menjadi sebahagian duta atau keluarga besar mereka.
“My mom dah foresee it. Bila saya kata nak sambung accounting, dia cakap ‘you ni ya ya je’, (ketawa),” kata graduan perakaunan dari Multimedia Universiti ini. Ikuti temubual saya bersama gadis berbintang Aquarius ini.
Rasanya mungkin ini adalah interviu pertama Sofea untuk cover story mana-mana penerbitan. How do you feel about this?
Ini my first ever cover. Semestinya saya rasa terharu. I feel honoured and happy, pertama kali menjadi cover girl dan tambahan pula yang pertama ini adalah bersama EH!. Saya sebenarnya tak pernah terfikir untuk jadi cover girl mana-mana majalah sekalipun. Saya akan sentiasa bersyukur dengan peluang ini. Thank you EH! And thank you, Bids!
Jika ada yang membaca interviu ini tidak mengenali Sofea, apa yang Sofea ingin beritahu atau sampaikan sebagai pengenalan?
Nama saya Sofea Shra. Ramai sebenarnya confuse nak sebut Shra (disebut ‘Shera’), ada yang sebut lain. Kalau tak boleh sebut, panggil Sofea saja, kalau nak sebut nama lain seperti Shira ke, Shahira ke, saya okey saja.
Saya adalah content creator yang pada awalnya banyak berkongsi di Instagram saja. Dan waktu itu saya pun tak berapa nak konsisten, kalau ada benda nak post, saya post, kalau tak ada, tak ada lah.
Tapi pada tahun 2020, pada waktu PKP saya mula banyak post di TikTok. Memang kita tahu, Tiktok berkembang sewaktu pandemik tapi ketika itu content di TikTok lebih banyak menari, dan saya memang tak boleh menari. Jadi saya post video yang dah saya biasa buat, beauty and fashion. Dan waktu itu jugalah saya mula terdetik nak jadikan content creator sebagai kerja sepenuh masa.
Mula-mula dulu orang tak berapa nak gunakan TikTok sebab ada persepsi TikTok ni macam ‘rempit’. Even bila saya suruh kawan-kawan download TikTok, ada yang cakap ‘no, you wont see me on TikTok’. Tapi sekarang kita tahu TikTok sangat kuat. So I would thank to TikTok … and maybe PKP (ketawa).
Seingat Sofea pada umur berapa minat Sofea pada hal-hal kecantikan bercambah?
Saya mula pakai skincare pada umur 12 tahun, darjah enam. Saya ingat lagi saya guna Clean & Clear, cleanser dan pelembap, siap ada SPF (ketawa). Dan saya mula minat pada mekap bila masuk tingkatan dua. Waktu itu trend wing liner tengah popular, dan saya memang minat nak cuba-cuba. Tapi my mom waktu itu tak bagi sangat saya pakai mekap sebab dia selalu kata nanti kulit rosak.
Bagaimana atau siapa yang mengajar Sofea bersolek?
Saya mula belajar mekap waktu tingkatan empat. Semuanya belajar sendiri-sendiri. Saya ingat lagi, waktu itu saya dah pakai gincu merah. Saya banyak belajar dengan menonton video tutorial di YouTube.
Mekap saya lebih improve bila saya kerap membuat content. Bila saya shoot setiap hari, maksudnya setiap harilah saya kena mekap. Video fesyen sekali pun tetap kena mekap. Jadi, lama-lama saya mula faham dengan muka saya, saya makin mahir nak mekap macam mana.
Kalau you tengok video saya dua tahun lepas, hauk ya my makeup (ketawa). Tapi, hauk-hauk pun saya tetap share teknik mekap dengan followers. Dan saya rasa itulah menariknya content creator, sebab kita bukan hendak mengajar tapi lebih kepada berkongsi. Saya share benda baru yang saya belajar, kongsi pengalaman, bukan nak mengajar. Apa yang saya boleh cakap, practise makes perfect. Kalau you nak pandai mekap, rajin-rajinlah solek muka sendiri. Lama-lama nanti you akan improve.
Biasanya berapa lama Sofea ambil masa untuk siapkan satu content?
Content saya ada dua, fesyen dan kecantikan. Fesyen biasanya lebih singkat, shoot dalam dua tiga jam, kemudian sejam dua untuk editing. For beauty content, boleh makan seharian. Biasanya saya akan shoot dari pagi sampai ke petang, kemudian edit dan malam saya akan post.
Ramai orang sangka saya ada team yang membantu untuk shoot, sebenarnya tak. Saya lebih suka melakukan semuanya sendiri, dari shoot sampailah ke editing. Dengan cara ini saya ada 100 peratus control dengan apa yang saya nak. Saya takut apa yang ada dalam kepala saya, saya tak boleh sampaikan pada orang lain.
Untuk klien, saya akan share reference. Saya tak boleh nak kongsi sebiji-sebiji apa yang saya nak cakap, sebabnya saya seorang yang spontan. Semuanya akan keluar bila saya shoot. Bila orang kata saya ada team, I feel flattered. Buat masa ini saya ada pengurus saja, dan soon mungkin akan ada personal assistant. I need one, contohnya bila pergi event, I need someone untuk ambilkan gambar atau video.
Apa strategi Sofea untuk memastikan content Sofea terus relevan, atau untuk beri followers Sofea rasa excited atau looking forward?
Sebagai content creator saya tak boleh berasa selesa. Saya tak boleh ada comfort zone. Bila kita dah terbiasa dengan stail suntingan yang sama dalam jangka masa yang lama, content kita akan jadi tak best, predictable. Saya kena sentiasa alert dan belajar benda-benda baru.
Sama macam TikTok, setiap minggu akan ada trend terbaru dan sebab itu orang tak bosan. Prinsip saya, saya kena hasilkan video yang follower saya nak tengok bukan buat video yang saya nak follower saya tengok. Selain video biasa, saya juga biasanya akan replicate trend yang tengah popular.
Dan ada orang cakap karakter mostly content creator atau influencer adalah berbeza, antara dalam video dan juga di luar. Tapi, apa yang orang tengok saya di dalam video, begitu jugalah saya di luar. Dan itu juga saya anggap satu kelebihan dan lebih mudah untuk saya lebih spontan bila merakam video.
Siapa content creator kesukaan Sofea?
Ada dua yang menjadi inspirasi. Pertama, Meredith Duxbury. I love her so much. She is my inspiration. Saya ada tengok interviu dia, dan dia cakap setiap hari dia akan bangun jam enam pagi dan akan terus shoot content supaya dia boleh mula post pukul lapan pagi. Dan biasanya dalam sehari dia akan post tiga empat video, dan dalam sebulan saja dia dapat 7 juta pengikut.
Apa yang dia kongsikan itu sangat menarik kerana tak semua orang ada gambaran bagaimana content creator bekerja. Kita perlu ada certain dedication, kerajinan dan disiplin yang tinggi untuk sampai ke tahap itu.
Kedua, saya suka Stephhui. Dia bermula sebagai beauty content creator dan hari ini dia dah mula attend fashion week. Bagi saya content dia sangat catchy.
Apa yang saya belajar sepanjang saya terlibat dalam industri ini, kalau lambat kita akan tertinggal. Dan inilah cabarannya. Kita kena laju; shoot, edit dan terus post. Tangguh-tangguh nanti benda tu dah tak exciting.
Sofea selesa atau tidak dengan attention?
Saya sebenarnya rasa okey saja. Mostly orang yang tegur saya adalah orang yang memang mengikuti saya di Instagram atau TikTok. Sejujurnya, it always exciting moments kerana selalunya saya cakap sorang-sorang dalam video, dan bila orang tegur akhirnya saya dapat bercakap dengan orang yang selalu engage dengan content saya. Bila saya jumpa dengan orang yang selalu komen atau kirim DM, saya rasa macam jumpa old friends.
Penat tak untuk baca dan balas direct message?
Ada masanya saya akan balas dengan voice note, sebab untuk taip satu-satu mungkin agak susah untuk saya ekspres diri saya. I want to sounds friendly dan ada masanya I want to tell more.
Bila sudah dikenali, peluang untuk melebarkan kerjaya glamor lebih terbuka luas. Ada pernah mendapat tawaran menyanyi atau berlakon?
Ada, tapi dulu lah. Dulu saya tak berani untuk keluar dari zon selesa. Dan saya tengok ramai influencer di luar sana tak perlu jadi pelakon pun untuk berjaya. Tapi hari ini saya rasa saya perlu branch out. Lama-lama buat benda yang sama ada juga rasa bosan.
Jika diberi pilihan saya mahu cuba bidang pengacaraan. Berlakon mungkin, saya tak berani untuk kata no completely. Buat masa sekarang, saya punya kecenderungan untuk cuba hosting.
Jika boleh diubah sesuatu tentang diri Sofea, what would it be?
Saya banyak starter, dan sebab itu bila saya shoot saya akan ambil masa yang lama. Kadang-kadang it takes me 10 minit untuk ulang perenggan yang sama. Saya perfectionist. Saya nak penyampaian tu sampai saya puas hati. Saya nak intonasi tu cantik. Jadi kalau nak diubah apa-apa, saya mahu belajar untuk let go of perfection. Saya sangat particular dengan editing, how the video need to be made.
Kadang-kadang apa yang saya pentingkan sangat tu bukanlah orang lain kisah atau perasan pun. Contohnya, bila video dah siap shoot, saya perasan tudung saya nampak kedut-kedut macam tak perfectly iron, saya akan reshoot whole video semula. Audiens tak perasan pun sebenarnya, saya yang overthink all little details in my video.
Benda ni juga sebenarnya menjadi punca saya susah nak ada video editor. Saya tak tahu macam mana nak orang faham how the video should be edited. Saya susah nak percaya orang lain. Dan benda inilah saya kena let go dan ubah!
Apa value yang Sofea cari dalam diri seseorang? Seseorang sebagai kawan, istimewa mahupun dengan orang yang Sofea bekerja.
Saya boleh katakan sincerity and loyalty. Saya rasa nak cari orang yang betul-betul sayang you dan want the best for you memang susah especially friend. Semakin meningkat usia saya semakin selective dalam memilih kawan. Saya ada pengalaman ditikam belakang oleh kawan yang saya percaya dan benda tu buat saya sedar tak semua orang nampak diri kita sebagai kawan. Tak semua orang berkawan dengan ikhlas. And as much you love the friendship, some people not worth the fight.
Saya anggap diri saya bertuah saya punya sekumpulan kawan yang boleh dijadikan tempat bergantung akan semua benda. Apa-apa jadi saya boleh kembali dan rujuk dengan orang-orang yang selalu ada dengan saya sejak awal lagi. Orang-orang yang solid.
Selalunya bagaimana Sofea mencari idea untuk kapsyen?
Am so bad in caption. Kapsyen saya adalah resemble saya bercakap. Apa yang saya cakap dalam video, itulah yang saya akan tulis di kapsyen. Saya tak ada kebolehan buat kapsyen yang estatik macam orang lain.
Antara orang yang tulis kapsyen menarik bagi saya ialah Vivy Yusof. Dia bercerita dan dia ada unsur humor dalam kapsyennya. She is amzing writer.
Generasi hari ini (yang masih dibangku sekolah) ramai yang bercita-cita mahu menjadi influencer. Apa nasihat Sofea untuk mereka?
Saya mahu berkongsi pandangan berbekalkan pengalaman singkat saya. Saya baru dua tiga tahun saja dalam industri. Cuma apa yang boleh saya katakan untuk bermula lebih senang tapi yang susah adalah untuk sustain.
Bagi saya industri ini sangat competitive lebih-lebih lagi bagi fesyen dan kecantikan. Ada seratus content creator yang boleh buat content yang sama macam you, jadi you kena figure out apa yang buat you berbeza dengan yang lain. Kita kena kenal diri kita supaya kita selesa untuk be in our own skin, to expose ourself.
Lagi satu, tolonglah habiskan belajar dulu. Ada orang nak terus jadi content creator bila dah habis sekolah just because ada orang yang berjaya buat begitu. Itu kisah yang kita dengar, tapi cerita yang tak berjaya tu kita tak tahu sebab tak ada orang nak bagitahu. Dalam 10 mungkin seorang yang berjaya, lagi sembilan tu macam mana? Tak ada siapa nak cakap fasal tu kan?
Sekurangnya dapatkan diploma. Ya, saya akui ada banyak kelebihan jika kita bermula pada usia muda. Tapi you kena tahu, skil dan pengalaman yang akan you kumpul di kolej atau universiti tak boleh dapat di mana-mana. You akan jumpa macam-macam orang, dan dari situ you belajar social skills, bagaimana nak bercakap dengan orang. Universiti bukan tentang education semata. Tapi kalau ada yang boleh buat dua-dua, belajar dan buat tugasan sebagai content creator, saya respect. Bagi saya ia tak mudah, sangat challenging.
Rasanya, berapa lama sesorang boleh survive jika mereka hanya mahu menjadi content creator semata? Adakah ia sesuatu yang terjamin untuk masa panjang?
I would not say influencer last. Life span mungkin antara lima ke 10 tahun. Macam saya kata tadi untuk bermula agak mudah tetapi untuk maintain itu tak mudah. Akan selalu ada influencer yang lebih muda dan better.
Untuk kekal relevan kita kena belajar selesa untuk buat benda yang kita tak selesa. Kita kena branch out. Kita tak boleh berada di spot yang sama dalam jangka masa yang lama. Macam dulu saya tak suka sangat mekap, saya tak reti tapi saya kena belajar juga sebab itu yang orang suka tengok kan.
Kita kena selalu belajar benda baru. Bila kita belajar benda baru jadi audien pun dapat benda baru dari kita. Orang baru akan buat benda yang macam you buat, dan semestinya orang akan lebih suka yang baru sebab orang nak kenal more people kan. Orang suka tengok muka baru. Itu hakikat yang kita kena terima.
Bila berada di puncak, kita kena all out. In few years you gonna miss this. Kita mungkin tak akan dapat peluang yang sama, same job. Jika boleh pulun, pulunlah. Bila dah popular, kita juga kena belajar berjimat-cermat kerana apa yang kita dapat tahun ni takkan sama dengan pendapatan yang kita akan dapat tahun depan. Ini realitinya.
Sebelum bermula kita kena lihat pro dan kontranya. Kita tak tahu berapa lama orang akan suka kita. Semuanya bergantung pada orang, orang tu pun kita tak kenal. Do they still like you? Do they still love your content? Mental kena bersedia.
Pernah terima direct message dari haters?
Usah kata DM, komen pun ada. Apa yang saya belajar ialah saya kena terima kritikan lagi-lagi yang berkaitan dengan karakter. Kita manusia tak sempurna, jadi ada benda yang kita perlu ubah. Kita kena ada hati yang terbuka supaya kita boleh jadi lebih baik. End of the day adalah bagaimana kita hendak perbaiki diri. Macam mana kita nak improve jika tak ada yang menegur?
Kalau hate semata, saya akan rujuk to my loved ones. Saya akan tanya betul-betul, ‘betul ke saya macam ni, macam tu?’ Orang-orang ini yang akan buat saya stay grounded. I made this far because of my support system.
Apa perancangan Sofea untuk lima tahun akan datang?
Lima tahun tu macam lama… hahaha! Banyak benda yang saya nak buat. Tapi saya share satu saja. Not sure if I should say this, saya harap dalam lima tahun akan datang I’m married with kids (ketawa).
Hahaha… berapa ramai anak yang Sofea nak?
Berapa orang anak itu saya tak kisah. Saya serahkan semuanya pada rezeki. Actually sebelum ni saya pernah terfikir untuk tak punya anak sebab bagi saya bila ada anak tu saya ada tanggungjawab straight 18 tahun (ketawa). Saya nak commit satu benda selama seminggu pun saya rasa susah (ketawa lagi). Tapi at one point, bila saya terlalu sibuk, being in this fast moving industry, saya mula sedar saya juga mahukan slow life, dan memiliki anak adalah salah satu darinya.
Sofea sebut industri ini bergerak pantas, dan Sofea selalu sibuk. Apa yang Sofea buat untuk ‘me time’?
Bila sudah terlalu sibuk dalam berbulan, saya akan ambil one week off. Waktu itu I will post anything and whenever I want. Saya just buat simple video, ikut current trend.
Tapi, bukankah itu masih lagi bekerja?
Hahaha… ya lah, tapi itulah kehidupan saya. Hidup sebagai content creator, jika kita hilang sekejap, engagement akan lari. It’s sounds cliche tapi itu hakikatnya.
Okey soalan terakhir, apa main goals Sofea dalam kehidupan?
Ini mungkin klise, tapi I just want to be happy. Saya mahu buat benda-benda yang menggembirakan saya. Jika satu hari nanti saya tak rasa happy membuat content, saya akan stop. Saya pernah cuba menjadi model, dan saya tak happy dengan kerja tu. Ia ambil masa yang lama dan saya tak ada masa untuk buat content. So, saya stop. Katakanlah, jika jual kuih akan bring me joy, saya akan jual kuih.
Maaf, ada lagi satu. Ada sebarang kata akhir untuk pengikut Sofea?
For my audience, thank you so much for watching my content, dari zaman PKP yang content entah apa-apa tu sampailah ke hari ini. Bagi saya kalau tak ada orang tengok content saya, saya tak akan pergi sejauh ini. Karier setiap influencer bergantung pada audien.
Pada yang komen dan kongsi content saya, I always grateful. Bila ada yang komen, ‘thank you Sofea for this hijab tutorial’, benda seringkas itu pun dah buat saya happy. Without you all, I’ll never doing this, I’ll never doing the interview with Bids… hahaha!