Tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Hyun Bin, Son Ye Jin mendedahkan dia kini berbadan dua.
Berita mengujakan itu dikongsi oleh Son Ye Jin bersama peminatnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram dua hari lalu.
“Hari ini dengan penuh berhati-hati saya ingin berkongsi satu khabar gembira. Sebuah kehidupan baharu telah hadir dalam hidup kami.
“Saya masih terkejut namun menikmati hari-hari yang mendatang. Saya berasakan perubahan yang berlaku dalam tubuh di tengah-tengah kebimbangan dan keterujaan,” tulisnya.