Lebih sebulan sebelum hari bahagia pasangan ini tiba, aktor Song Hye Kyo dan Song Joong Ki dilihat menaiki kapal terbang pada minggu ini.
Pasangan yang berjumpa dan mula menjalin hubungan cinta di set penggambaran drama hits ‘Descendants of the Sun’ ini dilaporkan sedang menuju ke Perancis.
Sementara ramai pasangan lain melangsungkan cuti bulan madu selepas majlis perkahwinan, tetapi pasangan terkenal dari Korea Selatan ini seakan tidak sabar untuk menantikannya. Laporan dari media antarabangsa, Song Hye Kyo dan Song Joong Ki menaiki Korean Air Flight KE901 membawa mereka ke lapangan terbang Paris Charles de Gaulle.
Penumpang lain yang menaiki kapal terbang yang sama dengan pasangan ini juga ada yang berkongsi berita tentang kelihatan pelakon popular itu di media sosial.
Percutian pasangan ini di Paris bermula hanya beberapa hari selepas mereka tamat sesi penggambaran pra-perkahwinan mereka di San Francisco.
Ada di antara peminat mereka membuat spekulasi yang mana Song Hye Kyo dan Song Joong Ki terbang ke Paris untuk mencari gaun perkahwinan.
SongSong ? cr weibo pic.twitter.com/xgGSdJO8a1
— ladysong (@ladysong14) September 25, 2017
Ketika di Paris, Song Joong Ki dilihat memakai topi snapback berona hitam, berbaju kemeja-T hitam dan berseluar jeans rona hitam serta jaket putih. Dia menyempurnakan look dengan sepasang sniker Nike.
Manakala Song Hye Kyo mengenakan jaket hijau, dress berbelang dan sepasang kasut block-heel rona putih. Melengkapkan look tersebut, aktres itu mengikat rambut gaya ponytail.
https://www.instagram.com/p/BZg2Bq2lb_x/?taken-by=kyo1122
Baru-baru ini, Song Hye Kyo turut memuat naik sekeping gambar dirinya bersama seorang rakannya sedang berjalan di tepi jalan. Meskipun tidak berkongsi di mana dia berada, ramai yang percaya gambar itu di ambil di Paris.
Pasangan #SongSongCouple ini dijadualkan berkahwin pada 31 Oktober nanti. Majlis tersebut dijangka bakal dihadiri rakan selebriti mereka dan ia akan mengambil tempat di Shilla Hotel di mana ramai selebriti A-list Korea berkahwin di situ sebelum ini.