Pasangan SongSong ini kini sudah pun bergelar sebagai suami isteri. Majlis perkahwinan mereka dikatakan cukup privasi.
Song Joong-ki dan Song Hye-kyo telah pun melangsungkan majlis perkahwinan di sebuah hotel di Seoul, Korea pada hari ini, ini sekaligus menggambarkan hubungan romantis mereka di dalam siri TV sensasi Descendants of the Sun dalam kehidupan sebenar.
Majlis perkahwinan tersebut berlangsung dengan cukup privasi dan dikawal ketat oleh pengawal di Shilla Hotel yang dihadiri seramai 300 tetamu termasuklah sahabat rapat dan ahli keluarga mereka.
Aktres China, Zhang Ziyi adalah antara tetamu yang hadir. Aktor Yoo Ah-in dan Lee Kwang-soo dikatakan telah membaca surat ucapan tahniah kepada pasangan itu serta penyanyi Ock Joo-hyun pula menyanyikan sebuah lagu buat mereka.
Manakala pelakon Park Bo-gum memaikan piano, yang mana pengantin lelaki dijangka menyanyikan sebuah serenade untuk pengantin perempuan.
Seperti yang dijangkakan, tiada sebarang sidang media atau sesi penggambaran berhubung majlis tersebut. Namun, ada liputan media yang dihebahkan oleh akhbar Korea dan Cina.
Perkahwinan pasangan SongSong itu mengambil tempat di sebuah taman Youngbingwan di hotel tersebut, yang mana boleh dilihat dari kamar hotel dengan permandangan kotaraya Seoul.
Menurut laporan Yonhap News Agency, media dari China berjaya merakam perkahwinan mereka menerusi beberapa kamar di hotel tersebut. Bahkan majlis tersebut dirakam secara langsung menerusi platform media sosial Weibo.
Bulan lalu, Song Joong-ki dan Song Hye-kyo telah menjalani sesi bergambar pra-perkahwinan di San Francisco. Pasangan pengantin baru ini dikatakan tidak terburu-buru untuk bulan madu mereka dan mereka dijangka akan pindah ke kediaman baru di Itaewon, yang mana di beli oleh Song Joong-ki pada Januari lalu.
Pada bulan Julai lalu, dua bintang ini mengesahkan khabar angin tentang hubungan mereka dan kemudian membuat pengumuman mengejut menerusi agensi pengurusan mengenai rancangan perkahwinan mereka.
Di lokasi perkahwinan itu, seramai 200 peminat Korea dan antarabangsa, majoriti dari China telah berkumpul untuk cuba melihat akan perkahwinan bintang terkenal itu.
Pihak hotel tersebut memaklumkan di mana kadar penghuni meningkat dari biasa dek kerana peminat dan para media turut sama menempah bilik di hotel itu demi untuk menyaksikan perkahwinan mereka.