Belum sebulan mendirikan rumah tangga, Song Joong Ki kini perlu bersiap sedia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, My Name Is Loh Kiwan di Eropah.
Diadaptasi daripada novel karya Jo Hae Jin berjudul I Met Loh Kiwan, ia menceritakan tentang pertemuan, perpisahan dan percintaan antara pembelot Korea Utara berusia 20 tahun bernama Loh Kiwan (Song Joong Ki) yang menyeludup masuk ke Belgium serta Marie, seorang wanita yang tidak lagi mempunyai alasan untuk hidup.
Filem terbitan Netflix ini akan turut memaparkan pergelutan Loh Kiwan untuk mendapatkan status pelarian di sebuah negara asing tanpa mendedahkan identitinya yang sebenar.
Bintang Start-Up, Choi Sung Eun akan memegang watak Marie, seorang penembak profesional Korea Selatan yang memiliki kewarganegaraan Belgium.