Netflix masih belum mendedahkan tarikh tayangan filem itu sehingga kini namun menurut laporan, ia akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Ini merupakan filem pertama Song Jong Ki selepas mengumumkan perkahwinannya dengan aktres Itali kelahiran Britain, Katy Louise Saunders pada 31 Januari lalu.
Aktor berusia 38 tahun yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung itu nampaknya terpaksa berjauhan dengan isterinya selama dua bulan kerana perlu menjalani penggambaran di Belgium.
Bagaimanapun Katy yang kini berada pada fasa awal kehamilan tidak akan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya turut menetap bersama pasangan itu di vila mewah mereka yang bernilai RM70 juta sejak beberapa bulan lalu.