Teks : Sri Mulyani
Gambar: TPGimages
Menerusi tulisan blog Yayasan Kanak-kanak Leukemia Korea, ternyata sebenarnya Song Jong Ki merupakan penderma tetap di yayasan kebajikan tersebut. Bahkan, ianya sudah agak lama sejak dari tahun 2011 lagi.
Menurut tulisan blog tersebut juga, lebih dari 10 orang kanak-kanak telah menerima rawatan awal kanser hasil dari sumbangan yang Song Joong Ki berikan. Biarpun dirinya gigih dan bekerja keras, Song Joong Ki masih tidak henti memberikan bantuan kepada yayasan tersebut.
Gambar: www.kpopstarz.com
“Apa yang tertulis di dalam blog Yayasan Kanak-kanak Leukemia Korea adalah betul. Song Joong Ki mahu melakukan segalanya ini tanpa pengetahuan sesiapa. Namun ianya tersebar setelah ditulis melalui blog ini. Dia mula menderma sejak tahun 2011 lagi,” kata seorang wakil dari agensi Song Joong Ki.
Pelakon terkenal dari Korea ini suka menghabiskan masa dengan kanak-kanak dan telah pun mengambil bahagian dalam menghasilkan reben kuning untuk menyokong perjuangan mereka. Walaupun ketika Song Joong Ki masih bertugas sebagai tentera untuk khidmat wajib ketenteraan di Korea tahun lalu, dia masih menderma dan hampir 10 juta won yang dia keluarkan untuk keperluan asas yayasan tersebut.