2 berita mengejutkan dalam 1 masa! Song Joong Ki akhirnya menamatkan zaman dudanya dan kini sedang menanti cahaya mata bersama isterinya, Katy Louise Saunders.
Song Joong Ki, 37 tahun, mengumumkan berita gembira tersebut melalui akaun official fan cafe pada 30 Januari, hari ini. Berita mengejutkan itu disambut baik oleh peminat dan meraih ucapan tahniah kerana bakal menjadi seorang bapa. Bukan itu sahaja, peminat turut mengucapkan tahniah atas perkahwinannya dengan aktres British, Katy Louise Saunders.
Tidak sangka, selama ini berdiam diri dan hanya memakai topeng muka di khalayak ramai, nyata mereka berdua sudah lama bernikah. Nampaknya, Joong Ki sudah menjumpai pasangannya. Reaksi peminat menggambarkan perasaan Joong Ki sudah lama melupai bekas isterinya yang dahulu, Song Hye Kyo.
Tindakan move on yang dibuat oleh Joong Ki akhirnya menamatkan drama yang tidak henti, mengharapkan peminat untuk melupakan kisah lamanya dan sokong akan masa hadapannya.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Song Joong Ki:
“Helo, ini Joong Ki. Saya ingin berkongsi berita yang paling gembira dan perkara paling penting dalam hidup saya dengan anda semua. Saya telah berjanji (kahwin) kepada Katy Louise Saunders, yang telah menyokong saya dan berkongsi masa bersama, menghabiskan sisa hidup bersama.”
“Dia (Katy) mempunyai hati yang baik dan dia seorang yang penuh semangat. Seorang yang bijak dan hebat, yang saya kagumi. Terima kasih kepadanya, saya menjadi orang yang lebih baik.”
“Sememangnya, kami berdua ingin membina keluarga yang bahagia. Kami telah berusaha keras untuk mengotakan janji masing-masing dan bersyukur akhirnya kami bakal mengalu-alukan cahaya mata, yang berharga tidak lama lagi. Jadi hari ini, kami telah mendaftarkan perkahwinan kami sebagai pasangan, berdasarkan cinta dan kepercayaan kami yang mendalam.”
“Kami akan meneruskan perjalanan kami melihat ke arah yang sama. Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan yang tidak berubah. Saya akan menjadi lebih semangat dan tanggungjawab untuk menjadi seorang pelakon dan orang yang lebih baik. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang kerjaya lakonan saya.”
Joong Ki mengakhiri katanya dengan ucapan ingatan, “Saya berharap anda semua kekal sihat dan gembira sehingga kita dapat berjumpa secara peribadi.”
Artikel berkaitan: Song Joong Ki Sahkan, Kini Hatinya Di Miliki Wanita Inggeris