Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram HLive
Semalam, bertarikh 26 September 2015, Stacy Anam atau nama barunya Ummu Shaikhah Stacy Anam selamat mengikatkan tali pertunangannya bersama Akim Ahmad yang disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Stacy hadir di majlis pertunangannya dengan berbusana rekaan RaffieyNasir dengan rona merah jambu seiring dengan kedua-dua ibubapanya.
Akim pula hadir dengan serba hijau ditemani bersama ibubapanya. Dikatakan majlis pertunangan mereka ini dilakukan secara tertutup dan hanya untuk ahli keluarga sahaja. Akim turut merakamkan ucapan bersyukur atas majlis pertunangannya itu dan mengharapkan doa yang terbaik untuk mereka berdua.
“Syukur Alhamdulliah. Majlis pertunangan saya Akim Ahmad dan bakal isteri saya Stacy Anam telah selamat berlangsung tadi, 26 September 2015 (semalam). Terima kasih semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang.” ujar Akim kepada rakan media HLive.
Majlis pertunangan mereka ini berlangsung di Amber Hills, Taman Melawati Ampang kira-kira pada jam 11pagi semalam.