Memasarkan album baharu semasa tempoh kuarantin (Covid-19) ini boleh kira satu jalan pintas untuk mencuri perhatian peminat, kerena we have all of our time and attention to listen to every single song in your track! #ONREPEAT
Dalam situasi ini apa sahaja jenis aplikasi hiburan atas talian akan jadi medium popular dan paling kerap digunakan. Selain Netflix dan YouTube, music streaming application seperti Spotify dan Apple Music juga merupakan antara aplikasi yang kerap digunakan harini ini, tidak kiralah semasa #WorkFromHome , memasak atau mengemas rumah. Tambahan lagi aplikasi music streaming Spotify juga mengumumkan bahawa mereka menjalankan program Spotify Covid-19 Music Relief pada Mac lepas untuk membantu golongan seni yang terjejas dari segi kewangan semasa Covid-19 dan telahpun menderma sebanyak US$10 juta.
“During this time we’ve also noticed that the songs Spotify listeners are adding to their playlists are more “chill”—meaning they’re more acoustic, less danceable, and have lower energy than songs previously added. Plus, the music tends to be more instrumental, featuring instruments rather than vocals…” – Newsroom @ Spotify.com
Seperti yang kita tahu ramai penyanyi dalam dan luar negara memperolehi banyak keuntungan dari aplikasi music streaming ini, dan boleh kira lebih menguntungkan dari menjual album dalam bentuk fizikal CD dan sebagainya. Mengetahui hal itu ramai dikalangan penyanyi generasi baru ini mengambil kesempatan untuk melancarkan album baharu dan mahu terus menghibur peminat.
Kami di EH! mahu senaraikan beberapa penyanyi generasi baharu #EHFav yang datang dari kelas genre berbeza dan hangat diperkatakan ketika ini, jadi mari kemaskini playlist anda dengan lagu-lagu dalam album ini dan mula luncur ke bawah untuk ketahui lebih lanjut!
PARTYNEXTDOOR – PARTYMOBILE
If you’re a fan, you know how soulful and deep PAERTYNEXTDOOR is. Pernah menghasilkan lagu-lagu hit ‘Work’ & ‘Sex With Me’ nyanyian Rihanna juga lagu-lagu hit nyanyian Drake, penyanyi, rapper, komposer dan penulis lagu ‘hyper-specific’ yang berasal dari Canada ini membuat kemunculan dengan album yang punya barisan lagu cukup berjiwa, disempurnakan bersama degupan segar selepas PARTYNEXTDOOR 3 (P3) empat tahun lepas. Membariskan 15 buah lagu, antara yang menjadi kegemaran kami adalah single Loyal (feat. Drake), Believe It (feat. Rihanna) dan juga lagu pertama dalam album Nothing Less yang punya irama permulaan cukup soulful!
DVSN – A Muse In Her Feelings
Other than PARTYNEXTDOOR, DVSN juga antara penyanyi, penulis lagu dan produser duo yang punya lagu beritma Alt R&B yang punya degupan, nada suara dan lirik yang cukup mendalam. Daniel Daley dan Nineteen85 yang berada di bawah naungan OVO Sound Record Label membariskan kesemua 16 lagu dengan gubahan yang akan buat anda ketagih, album ini bakal menjadi teman saat berlapang dada di hening malam. Pernah memenagi Grammy dalam katagori Songwriter buat lagu Hotline Bling nyanyian Drake, album baharu dari DVSN ini turut menyatukan beberapa penyayi dan rapper hebat termasuk Summer Walker, Future, Jessie Rayes dan PAERTYNEXTDOOR.
Kiana Lede – KIKI
Bermula dengan opening line“I am a single queen. You know the f–king vibes,”dalam lagu Cancelled Kiana mula dengan breakup anthem yang punya mesej yang cukup mendalam. Penyanyi dan penulis lagu ini benar mahu pendengar alami rollercoaster mood dengan cara dia membariskan 17 buah lagu dalam album ini, dari comforting song ‘Protection’, kepada nilai vulnerability ‘Honest’ seterusnya dengan penuh rasa memuja-muja dalam lagu ‘Chocolate feat. Ari Lennox’ kesemunya lagu didalam album ini seolah-olah berinteraksi sesama mereka. Dipasarkan pada hari jadinya yang ke-23 pada 3 April lepas, Kiana mahu pendengar dalami setiap hasil tulisan lagunya,“What you hear is exactly who I am because I’m writing what I’ve been through and what I’m feeling at the time…” dalam temubual ELLE.com
YAEJI – WHAT WE DREW
Blast the volume semasa dengari album baharu ini! Bilingual Korean American producer/DJ ini tampilkan satu album genre intoverted club yang kami rasa well mixed dan buat anda rasa mahu menari bila mendengarnya. Popular dengan lagu Raingurl pada 2017, Yaeji bariskan lagu-lagu dalam album baharunya bermula dengan tempo yang cukup soothing My Imagination, degupan membuak sedikit seksi degan lagu Money Can’t Buy feat Nappy Nina dan lebih hyper dalam lagu Spell. Dia yang lebih selesa menyanyikan lagu dalam bahasa Korea dalam album ini tampil cukup kreatif dalam mengolah nada degupan elektronik. Jika anda menggemari lagu-lagu electro dari Robyn anda mungkin akan sukakan lagu-lagu dalam album ini juga.
DUA LIPA – Future Nostalgia
We purposely save this one for last, kerana tidak mahu anda terlalu teruja seperti mana terujanya kami saat pertama mendengar setiap lagu dalam album Future Nostalgia ini. Walaupun terkilan akan album ini telah ‘leak’ di internet sebelum hari pemasaran, she’s stand up strong, and fight the frustration with cool beats! Future Nostalgia merupakan ‘welcome sign’ Dua Lipa buat tahun 2020, sedikit berbeza kali ini Dua berkesperimen dengan lagu-lagu dance-pop yang punya vibe disco dan funk bass, sedikit sebanyak mencetus element 70-an dalam album baharu ini, antara lagu yang menjadi kegemaran kami di EH! adalah Physical, Break My Heart dan Pretty Please.