Vokalis Aerosmith, Steven Tyler disaman beberapa hari lalu kerana melakukan jenayah seksual dan memberi tekanan emosi kepada gadis bawah umur dengan sengaja.
Bukan itu sahaja, Steven juga didakwa memaksa gadis yang dikenali sebagai Julia Holcomb menggugurkan kandungannya selepas mendapat tahu dia hamil hampir lima dekad lalu.
Dalam dokumen mahkamah yang diperolehi Rolling Stone baru-baru ini, Julia berkata dia mula menjalin hubungan ranjang dengan penyanyi itu pada 1973 sejurus selepas ulang tahun kelahirannnya yang ke-16. Steven ketika itu berusia 25 tahun.