Jelasnya, dia bertemu pelantun lagu I Don’t Want To Miss A Thing itu di konsert Aerosmith di Portland dan dibawa pulang ke hotel selepas persembahan tamat.
Julia mendakwa dia memaklumkan kepada Steven mengenai usianya dan konflik keluarganya sebelum penyanyi itu melakukan pelbagai bentuk jenayah seksual terhadapnya. Dia dihantar pulang ke rumah menaiki teksi pada keesokan pagi.
Tambahnya, bapa kepada bintang Liv Tyler itu kemudian ‘menerbangkannya’ ke konsert Aerosmith di Seattle di mana dia melakukan lebih banyak serangan seksual ke atasnya dan menghantarnya kembali ke Portland pada hari berikutnya.