Pada 1974, Steven didakwa menyakinkan ibu Julia untuk membenarkannya menjadi penjaga sah dan menabur janji untuk menjaganya dengan baik dan mendaftarkannya ke sekolah.
Bagaimanapun dia tidak menepati janji malah terus membawanya menyertai konsert jelajah bersama, melakukan serangan seksual dan memberi dadah serta alkohol kepadanya.
Setahun kemudian selepas Julia hamil pada usia 17 tahun, Steven memaksanya untuk menggugurkan kandungan dan mengugut untuk berhenti menyara hidupnya jika dia enggan mengikut arahan.
Selepas melakukan pengguguran, Julia meninggalkan penyanyi itu dan kembali ke Portland untuk memulakan kehidupan baru sebagai pengikut ajaran Katolik dan kini turut bergelar aktivitis anti-pengguguran sejak beberapa tahun lalu.