Siri penuh misteri, “Stranger Things ” kembali dengan musim keempat yang bakal menghangatkan kaca televisyen peminat dalam dua bahagian, bermula pada 27 Mei dan 1 Julai 2022.
Netflix membawakan berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat. Siri penuh misteri, “Stranger Things” akan kembali menghangatkan kaca televsiyen dengan musim keempat dalam dua bahagian, bermula pada 27 Mei 2022 dan juga 1 Julai 2022 untuk volum kedua. Musim kelima pula bakal menjadi musim terakhir untuk siri ini.
“Stranger Things” merupakan antara siri yang paling popular dengan tontonan tertinggi di seluruh dunia. Dihasilkan oleh Duffer Brothers, mereka telah mengutuskan sepucuk surat kepada peminat dalam memberikan informasi terbaharu mengenai penggambaran siri ini.
“Stranger Things 4” menggunakan Sembilan buah skrip dengan lebih 800 muka surat, dan mengambil tempoh dua tahun untuk melengkapkan penggambaran. Musim keempat ini juga menampilkan dua kali ganda jumlah rakaman berbanding dengan musim sebelum ini. Tambah Duffer Brothers, semua yang terlibat berpuas hati dengan hasil penggambaran, dan mereka tidak sabar untuk berkongsikan kepada peminat nanti.
Musim keempat ini akan bermula enam bulan selepas Battle of Starcourt, yang membawakan ketakutan dan kehancuran kepada Hawkins. Masih lagi merasai apa yang mereka lalui, sekumpulan rakan-rakan tersebut akan terpisah buat pertama kali dan mengalami masalah dalam navigasi sekolah menengah yang sukar. Dalam masa yang sukar ini juga, suatu kuasa baharu dan menakutkan mula membuat kemunculan, yang memberikan misteri mengerunkan yang perlu mereka hentikan di Upside Down yang penuh dengan kejahatan.
“Stranger Things” dibintangi oleh barisan pelakon muda yang berbakat seperti Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Sadie Sink, Natalia Dyer, Charlie Heaton dan Dacre Montgomery, selain pelakon senior seperti Winona Ryder dan David Harbour.
“Stranger Things” volum 1 akan mula ditayangkan pada 27 Mei 2022, manakala volum 2 pula pada 1 Julai 2022, secara eksklusif di Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: