Oleh: Farhana Fuad
Hujung minggu lalu meriah dengan berita perkahwinan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dengan pelakon dari Indonesia, Tya Arifin. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur dihadiri oleh orang kenamaan dan juga ramai warga seni tanahair.
Gambar: Sumber Google
Namun dalam keriangan majlis, rupanya Datuk Khalid atau lebih dikenali Datuk K, suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza mengalami demam denggi dan ditahan di wad di sebuah hospital. Biarpun sedang sakit, Datuk K menguatkan diri untuk hadir dan menyaksikan perkahwinan anaknya itu.
Gambar: Facebook Dato’ Siti Nurhaliza
Ketika majlis itu juga, Dato’ Siti turut menyanyikan lagu James Bond dendangan Adele yang bertajuk Skyfall serta berduet bersama Mark Adam menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You.