Lana Nodin & David Mckienzie
Pengumuman mereka menjadi bualan hangat memandangan Lana sendiri tidak pernah lekang dari kontroversi serta imej seksi yang sering diketengahkannya. Dalam diam Lana menjalin cinta dengan ahli sukan dari Amerika ini dan terus berkahwin pada 25 Mac 2015. David juga telah mengambil nama Mohd Daud dan memeluk Islam atas dasar cinta kepada aktres ini. Kini mereka bahagia bersama keluarganya dan anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie.