Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer
Pasangan sepadan ini dijabkabulkan pada tahun 2012 selepas pertemuan di pintu kaabah. Kini melayari kehidupan yang cukup indah bersama, Irma masih aktif dalam tugas pengacaraan di TV Alhijrah serta berlakon jika bersesuaian. Ibu kepada Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie ini turut berkecimpung dalam bidang fesyen muslimah.