Perkahwinan Natalie Portman Musnah Sekelip Mata
Minggu lalu Natalie Portman dirakam berada di Sydney, Australia tanpa kehadiran suaminya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Cincin empat karat rekaan Jamie Wolf di jari manisnya juga tidak lagi kelihatan.
Beberapa minggu sebelumnya, pasangan suami isteri itu dirakam meluangkan masa bersama di sebuah taman. Namun raut wajah ibu kepada dua cahaya mata itu amat sugul dan dia beberapa kali dilihat mengesat air matanya.

Menurut sumber, setelah tularnya berita kecurangan itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu. Benjamin amat menyayangi keluarga dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kemaafan daripada isterinya.
“Selepas berita hubungan sulitnya tersebar, Ben dan Natalie berusaha untuk menjayakan perkahwinan mereka. Malangnya ia gagal diselamatkan. Fokus Natalie kini adalah untuk melindungi anak-anaknya,” jelas sumber.
Pasangan itu bertemu buat kali pertama di set penggambaran filem Black Swan pada 2009 di mana Benjamin bertindak sebagai koreografer. Penari asal Perancis itu melamar pada 2010 dan mereka disatukan sebagai suami isteri dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Aleph, 12 dan Amalia, 6.

Baca: Perceraian Termahal Di Bollywood, Salah Satunya Melebihi RM200 Juta