Ahli kumpulan BTS, Suga baru-baru ini mendedahkan masalah mental yang dihadapinya selama ini.
Sempena meraikan BTS sebagai penghias kulit Rolling Stone, majalah ini menampilkan kulit digital dan wawancara berasingan buat semua ahli kumpulan itu termasuk Suga.
Ketika temu bual bersama penyanyi itu, dia mendedahkan pergelutannya dengan kesihatan mental dan bagaimana dia meluahkan emosi menerusi penulisan lagu.
