Katanya, dia berasa sangat gembira apabila peminat menemui ketenangan menerusi lirik yang ditulisnya.
“Bagi saya, emosi sebegini bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan oleh semua orang. Ia perlu dibincang dan diluahkan,” katanya.
Kata Suga, emosinya boleh muncul seperti kitaran dan gelombang, hampir sama seperti cuaca sejuk.
“Saya berasa selesa dan tenang sekarang ini, namun perasaan negatif itu datang dan pergi. Ia mungkin akan kembali dalam tempoh setahun atau satu setengah tahun.”