Dia kemudian menjelaskan tentang penulisan lagu, menyatakan setiap lagu melalui proses yang berbeza. “Kadangkala satu perkataan muncul dan berkembang menjadi sebuah lagu, atau seseorang membuat permintaan bagaimana dia mahu lagu itu dikembangkan,” katanya.
Kebiasaannya, seluruh ahli kumpulan akan memilih tema dan mereka akan mula bekerja secara bebas mengikut tema tersebut.
“Namun biasanya apabila menghasilkan lagu, saya akan mencipta rentak terlebih dahulu, kemudian melodi dan rap sebelum menulis lirik. Begitulah cara saya mencipta lagu,” katanya.
Dalam wawancara berasingan Rolling Stone bersama ahli BTS yang lain, Jungkook bercakap mengenai rasa kagumnya terhadap Ariana Grande dan bagaimana kehidupan pelantun lagu Thank U, Next itu mempengaruhi langkahnya. RM pula berkongsi bagaimana dia menemui identiti muzik yang dicarinya selama ini.
Foto: Kenyabtsarmy
Baca: Penyanyi K-Pop, IU Akui Berdepan Dengan Masalah Mental