Pelakon Diana Danielle berkongsi detik cemas apabila diserang ‘anxiety’ yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.
Gambar: gempak.com
Isteri kepada aktor Farid Kamil itu memuat naik beberapa perkongsian di Instagram miliknya dengan berkongsi pengalaman yang dilaluinya.
Menurut Diana, beliau diserang “anxiety” sekitar dua minggu lalu selepas simptom penyakit itu muncul satu persatu.
Beliau juga difahamkan berpeluh, mengalami insomnia yang teruk serta gelisah dan hilang selera makan.
Tambahnya lagi, beliau kemudiannya mengalami asma dan pernafasan yang terhad beberapa hari lalu.
“Dada terasa ketat dengan pernafasan sangat minumum. Jadi sekarang saya sedang berlawan untuk bernafas dengan mudah.
“Saya akan kongsikan pengalaman ini untuk membantu sesiapa saja yang mengalami nasib sama. Masalah ‘anxiety attack‘ sangat real dan menyakitkan.
“Bayangkan ia mengambil separuh nafas anda selama tiga hari,” katanya di dalam posting tersebut.
Diana berkata, ini adalah kebenaran yang harus dikongsi kerana di Malaysia tidak ramai yang berani berkongsi perkara seperti ini.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat menitip komen positif kepadanya dan mendoakan agar kesihatan Diana pulih seperti sedia kala.