Lebih daripada 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa limitasi dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.
Festival Supalapa yang dijadualkan akan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands ini bakal menyajikan pengunjung dengan sebuah acara yang gilang-gemilang dan akan meletakkan penanda aras yang baharu dalam penganjuran festival.
Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.
Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groove juga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.
Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung juga boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K POP! Kesemua genre muzik ini kemudian dipersembahkan dalam panggung masing-masing iaitu di Live Stage, EDM Stage dan Pool Stage.
Tidak cukup lagi, acara ini bukan sekadar hiburan berkaitan muzik tetapi di Festival Supalapa pengunjung akan melalui banyak pengalaman perdana kali yang tidak didapatkan dalam acara hiburan sebelum ini.
Di Festival Supalapa, melalui pembayaran secara sistem RFID yang pertama kali seumpamanya, pengunjung akan menikmati pelbagai keseronokkan termasuk pengalaman di Wrestling Ring, Bali Swing, Carnival Games dan Silent Cinema.
Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya pula menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi tanda aras pesta hiburan di Malaysia yang akan dinantikan setiap tahun.
“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.
“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu membantu melonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara kerana di sini mereka akan menemukan sebuah hub hiburan setaraf penganjuran antarabangsa.”
Alami pengalaman luar biasa yang dipenuhi dengan keseronokan tanpa had di Festival Supalapa!
Dengan semua keseronokan yang akan dinikmati tanpa limitasi ini, jangan terlepas temujanji anda di Festival Supalapa pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana.
Sebarang pembelian tiket boleh layari supalapa.com
Baca: 7 Konsert K-Pop Yang Bakal Berlangsung di Kuala Lumpur