Sejurus selepas berita itu diumumkan, agensi pengurusan Label SJ mengeluarkan satu kenyataan mengenai konsert Super Junior berjudul Super Show 9: Road yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai di Jamsil Arena, Seoul.
Notis itu mendedahkan bahawa salah seorang ahli kumpulan, Heechul tidak akan menyertai konsert akan datang kerana mempunyai kesukaran untuk melakukan persembahan disebabkan trauma kecederaan kaki.
“Kami ingin memaklumkan kepada anda mengenai Super Junior World Tour – Super Show 9: Road yang akan diadakan di Jamsil Arena, Seoul pada bulan Julai. Lapan ahli kumpulan akan menyertai Super Show 9 termasuk Leeteuk, Yesung, Shindong, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun.
“Heechul mengalami kesukaran untuk membuat persembahan di atas pentas yang melibatkan banyak pergerakan dan tidak mampu menyertai latihan kerana kecederaan kaki. Selepas berbincang, kami memutuskan dia tidak akan menyertai konsert kali ini. Kami berharap anda semua memahami,” tulis Label SJ.