Heechul sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika pulang daripada menghadiri majlis pengebumian bapa Donghae di Mokpo pada Ogos 2006.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kerosakan tayar ketika ketika cuba menukar lorong. Akibat kemalangan itu, kaki kiri Heechul patah pada lima bahagian termasuk tulang paha, lutut dan buku lali. Kecederaan lain termasuk koyakan di lidah yang memerlukan enam jahitan dan beberapa kecederaan ringan.
Selepas 16 tahun, keadaan kakinya masih belum stabil dan dia tidak berupaya untuk menari dengan baik sehingga kini.
Baca: BigBang Berkongsi Teaser & Tarikh Pelancaran Lagu Terbaharu