Baru-baru ini, Syamsul Yusof telah mengambil keputusan untuk berdamai dengan Ammar Alfian yang juga merupakan bekas kekasih Puteri Sarah Liyana mengenai isu cinta tiga segi antara mereka. Bertempat di Publika, pertemuan tersebut turut disertai oleh wartawan hiburan BH, Zubir Mohd Yunus. Menurut laporan Zubir, Ammar dikatakan tidak mampu mengawal amarahnya setelah Syamsul secara terus-terusan menggasaknya dengan kata-kata panas yang membuatkan Ammar hampir melepaskan tumbukan kepada Syamsul.
TAHNIAH JEHAN MISKIN DAN JULIE CAMELIA RHEE >>
YASMIN HANI DAN NURUL WAHAB MENGANDUNG >>
Suasana tegang ini diredakan sendiri oleh Zubir dan sepupu Syamsul yang turut berada di situ. Salah faham timbul apabila Ammar berasa tidak puas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Sarah dan Syamsul di laman Twitter yang mencetuskan pertelagahan di antara mereka di laman sosial tersebut. Walau bagaimanapun, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam telah meminta Ammar memadam tweet yang ditujukan kepada Syamsul dan atas dasar hormat kepadanya, Ammar menurut permintaan Datuk Yusof Haslam itu.
SHAHZ JASZLE DITANGKAP KHALWAT >>
KISAH EINA AZMAN, AFIQ MUIZ DAN IBUNYA >>
Sarah dan Syamsul yang pada awalnya menafikan hubungan cinta mereka akhirnya berdamai dengan Ammar dan mengakui mereka sedang berkawan. Pada akhir pertemuan, Syamsul telah menghulurkan tangan untuk bersalaman sebagai tanda berakhirnya kontroversi antara mereka bertiga dan Ammar turut mengakui kesilapannya menyerang mereka berdua di laman Twitter. Tindakan mereka untuk bertemu empat mata dan berdamai menunjukkan kematangan dan harus dipuji. Jangan gaduh-gaduh lagi okey?