Pasangan popular Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sebenarnya tidak mahu ambil tahu jantina anaknya yang bakal dilahirkan, tetapi mengikut pada keadaan semasa, mereka dikatakan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Syatilla yang kini sudah memasuki lima bulan kehamilan sudah mula mengambil keputusan untuk berehat dari sebarang kerja-kerja berat serta lakonan.
Mujur sepanjang kehamilan ini, Syatill tidak langsung melalui proses mengidam akan benda-benda atau makanan yang pelik. Akuinya dia tidak menyusahkan suaminya untuk mencari makanan yang bukan-bukan.
“Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan. Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik,” katanya kepada BH Online.
Tetapi Syatilla turut mengaku yang berat badannya kini meningkat mendadak. Sebelum ini Syatilla hanya mempunyai berat sebanyak 50kg sahaja dan ia agak sukar untuk menaikkan berat badannya.
Ujarnya sejak berbadan dua ini berat badanannya naik mendadak sehingga mencecah 59kg.
“Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram,” ujarnya lagi.
Syatilla dijadualkan bersalin pada bulan Mei tahun hadapan. Tidak mahu mengharapkan sebarang jantina untuk anak pertama mereka ini, tetapi menurutnya, ia seakan lebih cenderung ke arah jantina lelaki.
Semoga segalanya berjalan lancar dan semua urusan dipermudahkan buat Syatilla dan Shaheizy Sam.