Ahli kumpulan BIGBANG ini bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya tidak lama lagi. Ia telah disahkan kerana senarai persiapan didedahkan.
Tarikh bagi perkahwinan pasangan popular Korea ini telah disahkan yang mana hanya tinggal empat minggu sahaja lagi. YG Entertainment memaklumkan idola BIGBANG, Taeyang dan aktres Min bakal berkahwin pada 3 Februari.
Satu kenyataan dari agensi tersebut bertulis :
“Taeyang dan aktres Min Hyon Rin baru-baru ini mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, 3 Februari. Selepas majlis yang bakal berlangsung di sebuah gereka yang tidak didedahkan di mana yang sering dilawati oleh keluarga, teman rapat dan rakan setugas, mereka bakal mengadakan majlis resepsi di Paradise City Hotel & Resort di Incheon.”
Kenyataan rasmi dari agensi itu menambah yang mana kedua-dua majlis tersebut bakal diadakan secara tertutup dan agensi berterima kasih kepada peminat-peminat kerana memahaminya.
Pasangan itu tidak lagi merancang untuk percutian bulan madu kerana Taeyang masih belum menjalani latihan khidmat negara. Bintang berusia 29 tahun ini dikatakan bakal berkhidmat awal tahun 2018 ini bersama G-Dragon.
Kumpulan ini melangsungkan konsert terakhir mereka sebelum melalui khidmat ketenteraan tersebut sebelum sambutan tahun baru sebelum ini, menjanjikan peminat yang mana mereka bakal kembali semula berlima.
Taeyang sebelum ini mengesahkan berita pertunangannya dengan Min yang berusia 31 tahun menerusi Instagram dengan menulis,
“Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang yang paling penting dan perjanjian yang sangat menggembirakan sepanjang hidup saya. Saya telah berikrar untuk menghabiskan sepanjang hayat saya dengan Min Hyorin, yang selalu ada bersama saya selama empat tahun yang lalu. Melalui setiap momen baik dan buruk, dia sentiasa percaya kepada saya dan kini saya berharap untuk mencipta sebuah kehidupan yang indah bersama-sama. Kepada semua peminat yang sentiasa melayani saya seolah-olah saya adalah keluarga, kepada semua ahli BigBang saya, kepada semua keluarga YG, kepada semua orang yang saya kerap bekerja dan bertemu, saya ingin mengatakan TERIMA KASIH. Saya akan meneruskan hidup saya dengan tanggungjawab dan kerendahan hati. Harapan saya ialah anda akan terus menyokong kami dan memberkati hubungan kami demi masa depan yang baik.”