Finalis Hero Remaja 2017 itu turut meluahkan keterujaan serta kesyukuran apabila proses kelahiran dipermudahkan dan berjalan lancar.
“Semasa kelahiran itu saya berasa terharu dan sedih sebab membayangkan pengorbanan isteri membawa kandungan selama sembilan bulan.
“Saya bersyukur bayi dan isteri selamat. Alhamdulillah, perasaannya tidak terkira dan tidak boleh digambarkan,” katanya seperti yang dilaporkan Mstar.