Ikmal turut berkongsi pengalaman menemani isteri dan menyambut kelahiran anaknya di dewan bersalin.
“Pertama kali dalam hidup saya melihat bagaimana isteri melahirkan anak kami, sebab itu saya menangis. Semuanya macam tak disangka, bagaikan mimpi.
“Selepas kelahiran, doktor memberi peluang kepada saya untuk potong tali pusat. Saya amat bersyukur.”