Perkongsian pasangan ini menerima respon positif daripada peminat dan rakan selebriti antaranya Sharnaaz Ahmad, Sherry Alhadad, Sean Lee, Raja Syahiran, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan merakamkan ucapan tahniah adalah puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Iman Afzan yang kini sedang menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya.
“Alhamdulillah, so happy for you! Congrats,” tulis Tengku Puteri Iman di ruangan komen.
