Berita kehamilan bintang Checklist Mr Right itu mula dihidu Mei tahun lalu apabila sebuah video yang jelas menunjukkan perutnya yang besar menjadi tular di TikTok.
Lebih menguatkan spekulasi apabila Harris meminta pendakwah terkenal, Ebit Lew mendoakan kesejahteraan isterinya sebelum berkongsi video itu bersama peminat pada September lalu.
“Semoga Harris dan Intan diberi kebahagiaan sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan. Bersama ke syurga Firdaus. Mudah-mudahan selamat kandungan, anak soleh solehah. Dikurniakan zuriat sampai kiamat yang membawa kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah,” kata Ebit.
Kehamilan itu disahkan sendiri oleh Haris Disember lalu apabila mengumumkan Intan dijangkiti Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin selama 10 hari di hospital kerana sedang sarat hamil.

Foto: Instagram
Baca: Positif Covid-19 Ketika Hamil, Intan Ladyana Dimasukkan Ke Hospital