Kaka turut berkongsi kesyukurannya bersama peminat menerusi ciapan di Twitter, selain merakamkan ucapan terima kasih buat suaminya kerana sentiasa berada di sisi.
“Syukur kepada Allah. Saya kini bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
“We made it baby! Terima kasih kerana menjadi sistem sokongan, ketua sorak, pakar motivasi dan doktor sambilan yang hebat sepanjang tempoh kehamilan ini,” tulisnya.