Selain Kaka, turut bergelar ibu pada tarikh cantik 22.2.22 adalah pelantun lagu Korban, Ernie Zakri yang selamat melahirkan puteri sulungnya pada pukul 10.14 pagi.
Penyanyi berusia 30 tahun itu berkongsi keterujaan menyambut cahaya mata pertama yang bakal menjadi penyeri hidupnya bersama suami, Syamel.
“Syukur Alhamdulillah. Cinta hati Daddy dan Ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.