Masihkah anda ingat dengan Blair Waldorf? The high school dalam siri Gossip Girl? Leighton kini dilaporkan sedang hamil anak kedua! Leighton sebelum ini telah berkahwin dengan Adam Brody yang juga popular menerusi siri The O.C. But yeah, Blair Waldorf bakal menjadi ibu (again!)
Foto: Nylon
Daily Mail mempunyai beberapa foto Leighton berjalan bersama Adam dan E! News melaporkan bahawa dia “appears to confirm she’s pregnant.” Jika berita ini benar, ini adalah anak kedua mereka. Mereka sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan, Arlo Day Brody yang lahir pada tahun 2015. Adam pernah memberitahu GQ, “It’s the best in every way. It just gives you a new perspective in the best way—something to focus on that’s greater and more important than yourself.”
Foto: US weekly
Dan walaupun Leighton sangat suka berbicara tentang keluarganya, dia cuba mengelakkan perkara tersebut kerana dia tidak ingin menjadi typecast. Dia sebelum ini memberitahu Refinery29:
“Saya jarang bercakap tentang Arlo. Saya sangat bangga tentang itu. Tetapi saya juga bangga dengan siri ini dan kerja yang saya buat. Saya rasa persepsinya adalah: anda seorang ingenue atau anda seorang ikon atau anda seorang ibu. There’s no in-between.”
Leighton bagaimanapun masih belum memberi komen tentang berita ini. EH! harap Leighton dan Adam akan mengumumkan berita gembira ini secepatnya!