Pasangan itu mengumumkan berita kehamilan kedua pada Hari Kekasih tahun ini. “Kami ingin mengesahkan bahawa Archie akan bergelar abang tidak lama lagi. Duke dan Duchess of Sussex teruja dengan kehamilan anak kedua.”
Ketika temu bual bersama Oprah Winfrey Mac lalu, mereka mendedahkan jantina bayi yang dikandung Meghan.
“Untuk memiliki anak perempuan selepas anak lelaki – apa lagi yang saya mahukan? Mempunyai satu atau dua anak adalah anugerah yang tidak ternilai, tetapi memiliki sepasang cahaya mata…kini keluarga kami telah lengkap,” jelas Harry.
Foto: Chris Jackson/Getty Images
Baca: Mengapa Meghan Markle Tidak Akan Menghadiri Pengebumian Putera Philip?