Selepas dua minggu mendedahkan bakal bergelar isteri, Puteri Aisyah akhirnya selamat disatukan dengan buah hati, Muhammad Firdaus.
Majlis pernikahan Puteri dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dilangsungkan di Ballroom JW Marriot, Kuala Lumpur pada jam 11.15 pagi semalam.
Pelakon berusia 27 ini menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki yang dibalas dengan tujuh dulang. Wang hantaran kekal menjadi rahsia atas permintaan keluarga.