Puteri tampil bagaikan bidadari dalam persalinan serba putih termasuk vel rekaan Rizman Ruzaini bersama jambangan bunga merah jambu yang menyerikan lagi penampilan ratu sehari.
Firdaus pula segak dalam baju Melayu rona sedondon rekaan pereka sama yang dipadankan dengan sampin songket dengan setuhan rona merah jambu.
Pasangan ini turut mencuri perhatian dalam satu lagi persalinan songket tradisonal untuk sesi rakaman foto pasca-perkahwinan.