Bintang filem Pulang ini mendedahkan dia telah lama menantikan saat untuk bergelar isteri. Perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung lebih awal terpaksa ditunda kerana situasi tidak mengizinkan.
“Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar selepas beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
“Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai,” katanya.