Bukan sahaja dunia hiburan tanah air diserikan dengan berita perkahwinan selebriti, ada juga yang mendapat berita gembira kerana bakal menjadi ibu! Yasmin Hani yang menamatkan zaman bujangnya bersama abang kepada Qi Razali, Shaarin Razali pada Oktober 2011, kini telah pun mengandung 16 minggu. Yasmin memilih untuk mengumumkan berita gembira ini di laman sosial Instagram berserta gambarnya yang sudah mula menampakkan ‘baby bump’.
Gambar: Instagram Yasmin Hani
Selain daripada Yasmin, penyanyi yang juga merupakan bekas isteri kepada komposer, Ajai, iaitu Nurul juga sedang mengandung 3 bulan. Nurul menyimpan berita gembira ini selama 3 bulan kerana mengikut pantang larang orang tua yang tidak menggalakkan ibu merasa begitu teruja dengan kandungan seawal itu. Menurut Nurul, kini seleranya semakin menjadi-jadi dan sering mengidam masakan Melayu seperti nasi dagang, pulut kuning, laksa dan petai.
Gambar: Instagram Nurul Wahab
Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua bakal ibu ini. Harapan kami agar kandungan dan ibu sihat sehingga hari kelahiran!