Dua tahun mengakhiri zaman berumah tangga, Zahid Baharudin kini bergelar suami buat kali kedua.
Zahid selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Yaya Urasya dua hari lalu di Masjid Daerah Timur Laut atau dikenali sebagai Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Penang.
Berita penyatuan itu dikongsikan di akaun Instagram Official H Live yang memperlihatkan pasangan mempelai dalam persalinan sedondon di atas pelamin yang dihiasi jambangan flora indah.